Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, November 2, 2008

Hati Abby Sudah Tertutup!!!



Isteri kepada pelakon Norman Hakim, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, berkata bahawa hatinya hancur berkecai selepas mengetahui kesahihan berita Norman dan Memey ditangkap khalwat daripada mulut suaminya itu sendiri.

Petikan Dari Abby*
"Saya tak mahu terbabit dalam peristiwa yang berlaku terhadap suami saya (Norman Hakim). Itu masalah dia, jadi biarlah dia selesaikan sendiri.


"Walaupun dia ingin menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu (semalam), saya tak mahu ambil tahu," katanya.


Ketika dihubungi, Abby berkata dia mengetahui Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat apabila menerima kiriman SMS daripada seseorang.


"Selepas membacanya, saya terus menghubungi Norman untuk mengetahui kebenaran cerita itu. Norman beritahu ia benar dan ingin berjumpa saya. Walaupun hati saya hancur berkecai dengan pengakuan Norman, sebagai isteri saya menemuinya untuk memberi sokongan.


"Tetapi fikiran saya buntu dan sangat terguris. Saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya sudah tak kuasa lagi memikirkan apa yang akan berlaku kepada rumah tangga kami selepas ini.


"Sebelum kejadian, ramai orang bercerita mengenai hubungan Norman dengan Memey. Tetapi selagi saya tak melihat dengan mata sendiri, saya tak mahu mempercayainya.


"Apabila berlaku kejadian ini, saya tak menyangka ia akan terjadi sehingga ke tahap ini. Sewaktu saya bertemu Norman, dia cuba menjelaskan apa yang terjadi tapi saya tak mahu tahu.


"Sekarang biarlah dia selesaikan kesnya dengan Memey. Selepas itu, saya mahu dia selesaikan hal rumah tangga kami pula. Apa yang dapat saya katakan buat masa ini, hati saya sudah tertutup untuknya," kata Abby.
blog comments powered by Disqus