Bukan lagi teman tapi mesra tetapi bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron bersama anggota Cham Raja Lawak 2, Along, akan bertunang pada 9 November 2008.
Itulah berita gembira yang didengar selepas Zila menghadiri pameran broadband di KLCC, semalam.
Menurut teman, Zila tidak lagi berselindung dengan hubungan mereka memandangkan dia begitu teruja menghebahkan pertunangannya bersama Along yang akan diadakan di kediamannya di Negeri Sembilan, difahamkan juga, majlis itu akan diadakan secara sederhana dan hanya rakan dan saudara mara terdekat saja akan diundang..
Kalau tak silap, Along agak takut mengakuinya kerana bimbang peminat Zila mahu pun peminatnya marah. Pada pendapat la, Along tidak perlu takut untuk berterus terang. Benda baik.
Hakikatnyan, ramai artis takut mengaku bercinta tapi akhirnya...? Macam Si Mawi dan Ekin tu yang mula cuba menafikannya. Tup, tap... sekarang dah tempah baju pengantin.