Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, November 2, 2008

Ina Naim Berhenti Menyanyi?




SEJAK menimang cahaya mata pertama, Ina Naim terus menyepikan diri. Menyanyi lagikah atau sudah tutup buku? Maklumlah bila anak masih kecil tentulah Ina tak sampai hati nak berjauhan.

Menghubungi Ina minggu lalu untuk mengetahui perkembangannya terkini. Ina beritahu, dia sudah ambil keputusan mahu bersara daripada bidang nyanyian. Lagipun, kontraknya bersama Hijjaz Records sudah tamat sebulan lalu. Bagaimanapun, dia bukanlah menutup buku terus untuk bidang seni, sebaliknya jika menerima tawaran berlakon atau mengacara, dirinya mahu mencuba.

“Suami (Suhaimi) tidak menggalakkan saya menyanyi. Jadi sebagai isteri, saya akur dengan kehendak suami yang tidak mengizinkan saya menyanyi tetapi saya dibenarkan berlakon atau menjadi pengacara sekiranya menerima tawaran. Bukanlah menyanyi perkara tak elok, sebaliknya suami tak mahu, bimbang kelak akan mengundang fitnah.

“Saya faham dengan apa yang dimaksudkan Suhaimi, saya akur biarpun hati berat melepaskan bidang ini. Maklumlah saya semakin selesa menyanyi. Sejak hamil anak pertama sehinggalah bersalin, saya memang tak terima tawaran menyanyi. Keadaan saya tidak mengizinkan ketika itu. Dan hari ini, saya perlu lupakan terus bidang nyanyian,” katanya.

Baguslah Ina, apapun yang dilakukan biarlah mendapat restu daripada suami. Tentu Suhaimi ada alasan tersendiri tidak mengizinkan Ina menyanyi. Yalah... menyanyi kadang kala terkinja-kinja di atas pentas, perlu melayan peminat lelaki dan perempuan, tentu tak manis bagi pandangan Suhaimi.

ehem*bilakah die jadik penyanyi??hahaha..
blog comments powered by Disqus