Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, March 21, 2010

United kembali terajui takhta EPL

JI-Sung (kiri) menanduk gol kemenangan Manchester United dalam saingan EPL bertemu Liverpool di Old Trafford, semalam. United menang 2-1.


Chelsea malang sekadar seri dengan Blackburn

MANCHESTER: Tandukan Park Ji-sung memastikan Manchester United kembali merampas persada Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Liverpool 2-1 di Old Trafford, semalam, manakala Chelsea sekadar seri 1-1 bertemu Blackburn.

Gol minit ke-60 oleh Ji-sung, membolehkan United mengumpul 69 mata, lebih dua mata ke atas Arsenal, dan empat mata melebihi Chelsea yang bermain kurang satu perlawanan.

Fernando Torres terlebih dulu membuka jaringan untuk Liverpool dengan menanduk masuk bola melepasi jangkauan Edwin van der Sar, lima minit selepas permainan bermula. United bagaimanapun pantas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil Wayne Rooney pada minit ke-12, selepas pengadil, Howard Webb menyalahkan Javier Mascherano kerana menjatuhkan Antonio Valencia, walaupun ia berlaku di luar kotak penalti.

Sepakan awal Rooney berjaya ditampan Pepe Reina tetapi penyerang utama England itu sempat menampan semula bola yang melantun ke arahnya, ke gawang yang kosong.

United terus menguasai permainan dan Ji-sung memastikan kemenangan pertama United ke atas The Reds sejak Mac 2008 dengan menanduk masuk hantaran lintang Darren Fletcher.
sumber – AFP
blog comments powered by Disqus