Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, March 21, 2010

Shah AF8 Pertama Tersingkir.


Shah Pertama Tersingkir

Debaran Akademi Fantasia 8 semalam telah bertembung dengan perlawanan Manchester United vs Liverpool smalam yg dimenangi Manchester United 2-1 Liverpool namun malang bagi shah kerana dia tak dapat meneruskan perjuangan sebagai pelajar AF8 kerana tersingkir semalam..

Walaupun baru seminggu di Akademi perasaan sedih sememangnya tidak dapat dibendung oleh kesemua pelajar apabila Shah diumumkan sebagai peserta pertama yang terpaksa meninggalkan pentas Akademi Fantasia musim kelapan. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Sarimah menerusi Debaran Akademi Fantasia sebentar tadi.

Shah atau nama sebenarnya, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein telah menyanyikan lagu Bengang nyanyian Akim pada Konsert Pertama malam semalam. Walaupun Shah dilihat antara peserta yang mempunyai vokal yang baik nasib tidak menyebelahinya apabila gagal meraih undian penonton sekaligus memperoleh kedudukan terendah.

Berikut adalah peratusan selepas undian ditutup (%):

ANUM 25
AIN 12
SHAHIR 11
IWAN 10
ADIRA 9
EMA 7
FARINA 6
NAD 6
DAUS 5
MAULANA 4
ALIF 3
SHAH 3

Dengan penyingkiran tersebut ini bermakna tinggal sebelas (11) lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran juara. Jadi jangan lupa saksikan perkembangan mereka menerusi Diari Akademi Fantasia setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam. Selain itu teruskan mengundi pelajar kegemaran anda.

mari kita lihat sedikit biodata shah..check it out

Nama Penuh : Muhammed Shahril B. Mohs Saleh Hussein

Tarikh Lahir: 21 Mei 1984

Tempat Lahir: Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang

Umur : 26 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 156cm Berat : 80kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Tolong Ibu berniaga

Pendidikan Tertinggi: Kolej Komuniti Sabak Bernam (Elektrik)

Adik Beradik: 4 orang (pertama)

Hobi: Menyanyi, main gitar, karaoke, mekap dan melukis.

Gambar Peribadi: Mudah bergaul dan suka menyakat orang.


tu je untuk Akademi Fantasia 8...zassss

blog comments powered by Disqus