Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Tuesday, March 30, 2010

Jakco Dibunuh, Bapa Mendakwa Doktor?



LOS ANGELES: Peguam kepada bapa Michael Jackson berkata beliau merancang untuk menfailkan saman terhadap doktor peribadi penyanyi pop itu atas tuduhan membunuh secara salah terhadap anaknya itu dalam masa 90 hari lagi. 
Brian Oxman, yang mewakili Joe Jackson, berkata ini kerana jumlah dadah jenis 'anesthetic propofol' yang diberikan Dr Conrad Murray kepada Jacko yang membawa kepada kematian penyani itu pada 25 Jun tahun lalu adalah "amat kuat dan boleh membawa kepada tuduhan membunuh tahap kedua".


"Bayangkan memberikannya ubat mengandungi dadah selama lebih enam minggu - dia (Murray) memberikan 'propofol' setiap malam - ibarat enam peluru pistol Roulette Russia dengan enam laras yang membunuh," katanya.


Hasil siasatan jenayah membabitkan Michael, pihak pendakwa raya sudah mengheret Murray atas tuduhan menyebabkan kematian tidak sengaja terhadap Jackson, 50, yang sebelum kematiannya bertungkus-lumus menjalani latihan menjelang siri jelajah konsertnya di United Kingdom. 

Murray dilantik oleh syarikat promoter, AEG Live untuk menjaga kesihatan Michael sepanjang persiapan konsertnya yang dijadual berlangsung selama sebulan di London. 

Tuduhan membunuh secara salah itu adalah saman sivil yang boleh dijalankan serentak dengan saman jenayah terhadap Murray. 
Saman jenayah boleh membawa kepada hukuman penjara manakala saman sivil bertujuan untuk mendapatkan ganti rugi daripada defendan. - Reuters 




blog comments powered by Disqus