Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma?


PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan berada dalam keadaan koma.
Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi mStar Onlinememberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.
"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.
"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.
"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.
Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.
"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.
"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.
Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.
Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.
DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Onlinemenyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.
p/s : Alhamdulillah, berita terkini - Din kini stabil, sudah boleh bernafas dgn baik tetapi belum sedarkan diri. Teruskan berdoa utk sahabat kita. Kami hargai jasa baik anda...semoga Din Beramboi cepat sembuh. Amin
sumber : myStar Online
blog comments powered by Disqus