Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Friday, February 20, 2009

Rihanna?? Bengkak??


WAJAH glamor Rihanna (kiri) dan kecederaan yang ditunjukkan di laman web selebriti.


LOS ANGELES: Sekeping gambar yang menunjukkan wajah penyanyi Rihanna yang lebam, luka dan bengkak dipercayai akibat diserang teman lelakinya yang juga penyanyi, Chris Brown disiarkan di internet oleh laman web selebriti, TMZ kelmarin.

Gambar itu menunjukkan kesan lebam di dahi, kening dan bibir bengkak penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah muzik itu.

Namun, TMZ tidak menyebut bagaimana mereka mendapatkan gambar itu atau daripada siapa.

Ditanya mengenai ketulenan gambar terbabit, jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Jason Lee, berkata polis tidak mendedahkan gambar wanita yang mendakwa dipukul Brown itu.

Jurucakap Peguam Los Angeles pula berkata, semua bukti berkaitan kes membabitkan Brown itu masih dipegang polis.

Brown ditahan 8 Februari lalu dan disaman kerana disyaki mengancam wanita yang tidak didedahkan identitinya oleh pihak berkuasa.

Seorang yang biasa dengan keadaan itu mengesahkan wanita terbabit adalah Rihanna yang nama sebenarnya Robyn Fenty.

Lelaki yang enggan mendedahkan nama itu berkata, beberapa kecederaan yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan terutama tanda di dahi menyamai kecederaan yang dialami Rihanna.

Polis berkata, Brown, 19, boleh didakwa melakukan keganasan domestik.

Wanita dalam gambar yang disiarkan TMZ itu mempunyai tatu nombor Roman di kiri bahunya.
c
Jurugambar Associated Press pernah mengambil gambar Rihanna dengan tatu di bahagian sama ketika malam kejadian.
blog comments powered by Disqus