Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Friday, February 20, 2009

Lelaki Boros???

Walaupun wanita dikatakan suka berbelanja membeli fesyen terbaru, tinjauan sebaliknya mendapati lelaki sebenarnya paling boros.

Syarikat pengutip hutang, Dun & Bradstreet, mendedahkan semakin ramai lelaki muda terperangkap dengan beban hutang.

"Memang membimbangkan melihatkan ramai lelaki muda menunjukkan tanda tekanan kewangan," lapor laman web yang memetik kenyataan Ketua Eksekutif Dun & Bradstreet, Christine Christian.

Beliau juga mendedahkan, lebih 55 peratus penghutang berumur di bawah 34 tahun.

"Keadaan ekonomi kini menyukarkan pengguna mengurus bajet dan tergoda untuk berbelanja tanpa memikirkan akibatnya.

"Bagi mengelakkan hutang bertambah, pengguna harus memberi perhatian lebih kepada kewangan mereka," katanya.

Sejak dua tahun lalu, syarikat berkenaan mendapati lelaki secara konsisten melonggokkan hutang lebih cepat berbanding wanita.

Purata nilai hutang lelaki ialah 28 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Bagaimanapun, lelaki kelihatan berjaya mengurangkan hutang mereka sejak beberapa bulan lalu.

Kajian juga mendedahkan wanita yang mengurangkan purata hutang mereka sebanyak 1.2 peratus tetapi kumpulan itu masih lagi kecil berbanding wanita yang mengurangkan purata saiz hutang mereka sebanyak lebih tiga kali ganda atau 3.8 peratus

sumber berita harian
blog comments powered by Disqus