Norman Hakim |
AKHIRNYA gosip bertukar menjadi cerita benar. Selepas membuat penafian demi penafian dan meminta bukti mengenai dakwaan beliau kononnya bersikap curang terhadap isteri, akhirnya bintang drama kepolisan Gerak Khas, Norman Hakim ditangkap atas tuduhan berkhalwat dengan aktres remaja yang mula dikenali menerusi drama terbitan Skop Productions, Pasrah iaitu Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, pada awal pagi Khamis lalu di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor.
Memang terkejut dengan berita penangkapan itu kerana pada 28 dan 29 Oktober lalu, Norman serta Memey bermati-matian membuat penafian menerusi media massa bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa sehingga menggugat keharmonian rumah tangga Norman dan isterinya, Abby Abadi.
Kita faham, mereka belum dijatuhkan hukuman dan boleh dibicarakan bagi memastikan mereka benar-benar bersalah atau sebaliknya tetapi apabila sudah ada kes tangkapan sebegini, apatah lagi ditangkap pada waktu jam 3 pagi, selalunya ia menunjukkan ada sesuatu yang boleh dijangkakan. Yang penting, mereka tentulah mempunyai hubungan intim dan lebih sekadar kawan biasa kerana masih berdua-duaan dalam satu pejabat sehingga jam 3 pagi hingga disyaki berkhalwat.
Memey |
“Mengenai Norman, Memey kenal dia ketika kami berlakon sama drama bersiri Pasrah. Namun, hubungan kami tidak lebih daripada rakan
sesama artis. Memey akui, Abby ada menghubungi Memey bertanyakan perihal cerita negatif yang tersebar, namun semuanya sudah selesai apabila perkara yang diperkatakan itu sekadar khabar angin yang digembar-gemburkan.”
Sebuah akhbar terbitan 29 Oktober dengan tajuk ‘Perkara itu tak masuk akal’ - Memey sedih dikait masalah rumah tangga Norman, Abby, sekali lagi Memey membuat penafiannya.
“Sudah beberapa kali saya jelaskan antara saya dan Norman tiada apa-apa hubungan istimewa, apatah lagi merancang bernikah di Thailand. Perkara itu tidak masuk akal. Sebaik penggambaran drama bersiri Pasrah berakhir, saya tidak lagi bertemu dengannya (Norman). Saya kecewa apabila berita pergolakan rumah tangga Norman dan Abby dikaitkan dengan diri saya sehingga ramai yang bertanya termasuk ibu saya sendiri.”
Memang cukup menarik ‘lakonan’ Memey dan Norman di mata media dan peminat, kini segala-galanya sudah terjawab. Nampaknya Norman tidak pernah serik dengan musibah yang pernah melanda rumah tangganya sehingga berlaku perceraian singkat pada 5 Mei 2006 apabila dia ketika itu didakwa menjalin hubungan mesra dengan penyanyi dan pelakon cantik, Farahdhiya!
Pun begitu, sebaik saja mendapat perkhabaran Norman dan Memey ditangkap khalwat,pon begitu berusaha menghubungi Memey dan mengirimkan SMS kepadanya untuk mendapatkan kepastian, tapi tiada jawapan. Sehinggalah pada lewat petang, barulah ada balasan daripadanya.
“Received all the text and miss called from you all and I do understand. Saya minta maaf. Just need a space to clear up my mind. Insya-Allah, when I’m ready, I will respond for all the phone calls, thanks.”
Lebih tepat lagi, bukan need a space to clear up my mind, sebaliknya pesanan kepada Memey: “You have to clear up your name, Memey! Bertemu media, buat pengakuan dan meminta maaf.
Pada masa sama,komen daripada Pengarah Urusan, Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berhubung penangkapan Norman dan Memey.
“Terus terang saya katakan, saya terkejut dan kesal dengan berita tangakapan khalwat Norman dan Memey. Selama mengenali Norman, saya sentiasa menasihati Norman supaya memelihara keharmonian rumah tangganya, lebih-lebih lagi dia berlakon dalam drama polis, Gerak Khas.
“Pada malam kejadian, kira-kira jam 10 malam, saya baru saja menasihati Norman supaya jaga rumah tangganya, tapi dia memberitahu saya, semua cerita yang dipaparkan media sekadar gosip. Tak sangka pula beberapa jam selepas itu, dia kena tangkap khalwat. Kini, Norman fikirlah sendiri untuk merencana masa depannya.
“Begitu juga Memey, beberapa kali saya pernah bertanya, jika betul dia ada hubungan dengan Norman, saya minta dia tarik diri, tapi dia terus menafikan ada hubungan dengan Norman. Tanggungjawab saya sebagai orang tua dan majikan sudah selesai. Terpulanglah kepada mereka,” kata Yusof dalam nada kecewa. Norman dan memey juga membuat statement mengatakan mereka disabotaj pihak ketiga dan urusan mereka didalam pejabat adalah kerja!!
Petikan Memey**
saya sebenarnya datang ke pejabat Norman untuk selesaikan masalah tanpa berteman tapi rupanya memang ada yang memerhati. Tidak apalah, kalau saya berjaya melepas semua ini, Insya-Allah saya akan lebih kuat.BIODATA DAN GAMBAR MEMEY
Kerja ape bang sampai pukul 3 pagi??uish kerja overtime tuh!!