Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, November 2, 2008

Fahrin temui cinta baru-bukan teman tapi mesra lagi





CINTA 'teman tapi mesra' antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini tersimpan dalam lipatan sejarah. Betul kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum apabila Fahrin kini tidak lagi keseorangan apabila dia kini dikatakan sudah ada kekasih baru. Gosip terbaru yang diperoleh mengatakan Fahrin kini sering dilihat bersama aktres remaja, Scha yang bakal muncul dengan filem pertamanya, Antoo Fighter dan drama bersiri lakonannya, Awan Dania pula disiarkan menerusi Astro Ria.

Terbaru, Fahrin dan Scha dilihat datang beriringan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), baru-baru ini. Apabila pasangan dua sejoli itu melintas di depan rakan artis, mereka sekadar melemparkan senyuman apabila diusik.

Di satu sudut,pertanyaan oleh semua pihak Fahrin sejauh mana perhubungannya dengan Scha. “Kami perlukan masa dalam perhubungan ini, sama seperti pasangan lain. Cuma saya tidak mahu lagi melabel perhubungan saya dan Scha sebagai ‘teman tapi mesra’. Kali ini saya tak mahu berselindung, kami berpijak di bumi nyata.”

Kami pula tidak berapa mengenali Scha secara peribadi, tapi apa yang sedia maklum,Kena pula Scha sebelum ini tidak pernah dikaitkan menjalin hubungan serius dengan sesiapa. Justeru, Fahrin dan Scha dipertemukan dalam masa, tempat dan situasi yang sesuai!

“Saya selesa berkawan dengan Fahrin. Kini, saya sedang mengenali dirinya. Kami mula rapat ketika sama-sama berlakon drama Lemas Dalam Cinta. Kami berkawan dan lama-kelamaan nampaknya ada keserasian antara kami. Jadi, berilah kami masa,” kata Scha berterus-terang ketika ditemui sebelum majlis berakhir.

Semua mendoakan apa yang direncana Fahrin dan Scha menjadi kenyataan suatu hari nanti. Cuma satu pesanan, kalau dah terbit keserasian, jangan tunggu lama-lama Fahrin. Scha tu cantik, comel! Jangan sampai dikebas orang!
blog comments powered by Disqus