Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Thursday, November 6, 2008

Kursus Kahwin Mawi dan Ekin



MUNGKIN ada yang beranggapan, sikap Mawi dan Ekin yang akhir-akhir ini sering muncul dikhalayak bersama berdua, sebagai 'angau' orang bercinta. Tidak kurang juga ada yang barangkali mengatakan wanita pilihan penyanyi popular itu bersifat cemburu orangnya. Sebab itulah dia tidak mudah membiarkan Mawi keseorangan dalam banyak acara sementelah selepas dirinya diperkenalkan sebagai 'si jantung hati' Mawi.

Justeru Mawi dan Ekin kini dikaitkan sebagai pasangan belangkas kerana di mana saja ada Mawi, di situlah juga akan ada Ekin di sini.

Ya, itu mungkin pandangan orang tetapi kepada kedua-duanya, katalah apa saja, segalanya tidak berbekas lagi kepada Ekin. Bagi wanita yang baru saja melalui fasa baru dengan bertudung litup ini, dia mempunyai sebab yang tersendiri kenapa dan mengapa perlu sentiasa meluangkan masa untuk bersama dengan bakal suaminya itu, terutamanya menjelang pernikahan mereka.

"Saat-saat akhir macam ini lagi banyak benda yang perlu diselesaikan. Memandangkan kami sendiri kena turun padang untuk buat persiapan, memanglah saya kena selalu ikut dia. Sebab itu kalau Mawi ada, mesti saya akan ada juga dalam banyak acara akhir-akhir ini. Kadang-kadang lagi dekat tarikh lagi banyak perkara yang nak dibincangkan," ujar Ekin membetulkan salah tanggapan orang kepadanya.

Selain itu kata Ekin, dia sekadar memenuhi jemputan pihak lain bagi menjayakan acara yang mereka anjurkan. Justeru dia mereka hal berkenaan bukan sesuatu yang salah atau keterlaluan.


"Kalau orang jemput kenalah kita datang. Nanti orang anggap apa pula. Tetapi kalau orang jemput Mawi saya saja, saya pun malu hendak pergi. Lebih baik rehat saja kat rumah. Dan bila sudah sama-sama dijemput, baik kami pergi bersama, lebih senang," katanya lagi.

Sementara itu bercakap lebih lanjut tentang perkahwinannya yang dijadikan bahan santapan umum, Mawi mempunyai pandangan tersendiri. Dia yang cukup sinonim dengan program realiti, sementelah dia sendiri merupakan artis kelahiran Akademi Fantasia menganggap hidupnya tidak dapat lari daripada dijadikan bahan santapan umum. Sebagai insan, dia reda dengan segala perjalanan yang tersurat dalam hidupnya.

Bermula daripada kisah percintaan sehinggalah kepada majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung 20 Disember depan, semuanya menjadi bahan pencarian utama peminat hingga akhirnya mendorong wartawan mengejar ke hulu dan ke hilir.

Selasa lepas, kursus perkahwinan khas Mawi dan Ekin telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Acara ini juga bakal 'dipersembahkan' kepada peminat di saluran TV Astro.

Mungkin kepada sebahagian orang kursus kahwin seperti ini milik peribadi dan tidak perlu diwar-warkan, tetapi pasangan ini sebaliknya.

Kursus perkahwinannya bukanlah kursus yang biasa-biasa, sebaliknya ia bakal menjadi tatapan umum beberapa hari sebelum tarikh pernikahan mereka apabila ditayangkan selama tiga hari berturut-turut Disember depan di saluran Astro Oasis.

Bertanyakan hal itu, Mawi menganggap ia sebagai satu pengorbanan yang harus diberikan apabila bergelar selebriti. Mahu ataupun tidak, dia reda dengan natijah kehidupan yang sedang dilaluinya.

Bagaimanapun itu pendapat Mawi dan ia bertentangan sekali dengan kekasihnya, Ekin. Wanita ini pada awalnya kurang bersetuju tentang rakaman kursus perkahwinan kerana menyifatkannya sesuatu yang terlalu peribadi. Bagaimanapun dia tidak mampu melakukan apa-apa, sebaliknya menerima keadaan ini dengan pemikiran yang cukup positif.

SERIUS pun ada, kelakar pun ada di kursus kahwin Mawi dan Ekin.

"Saya kalau boleh memang tidak mahu kursus ini dirakamkan kerana ia perkara peribadi. Orang pun boleh cakap macam-macam.

"Bagaimanapun setelah diberitahu Mawi, saya tidak boleh elak. Sekarang saya menerima dengan baik," ujarnya.

Namun jelas mereka berdua, kursus perkahwinan ini telah memberikan mereka keyakinan dan persediaan dalam menempuh alam perkahwinan.

Menurut Ekin kursus tersebut membuatnya lebih bersedia terutamanya tentang ilmu menguruskan rumah tangga.

"Ini merupakan satu pengalaman baru dan menyeronokkan. Memang saya berdebar tetapi kursus ini membuka minda saya mengenai alam perkahwinan dan tanggungjawab yang sebenar-benarnya," kata Ekin.

Mawi juga begitu. Selepas menjalani kursus selama satu hari ini, dia merasakan dirinya lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

"Saya lebih bersedia dan berkeyakinan untuk menjadi seorang suami. Banyak ilmu yang telah diberikan kepada kami dan akan digunakan sebaik mungkin setelah kami berkahwin nanti," ujar Mawi.

Dalam pada itu Kosmo! yang sempat mengikuti satu sesi kursus yang dikendalikan oleh ustazah Zawiah Hassan, Mawi dan Ekin dilihat ceria dan ketawa sepanjang sesi tersebut berlangsung.

EKIN tidak lagi gusar dengan kata-kata orang terhadap dirinya.



Gelak ketawa, gurau senda dan pertanyaan spontan Mawi kepada penceramah, mengundang atmosfera yang cukup akrab sesama peserta dalam majlis yang turut menghimpunkan kakitangan Astro dan pihak media ini.

Gusar bakal pengantin

Selain kursus perkahwinan, pasangan ini juga bimbang tentang penerimaan masyarakat tentang majlis perkahwinan mereka yang boleh dikatakan diangkat sebagai yang terhebat sepanjang tahun ini. Ada dakwaan mengatakan baik Mawi mahupun Ekin bersikap terlalu menunjuk-nunjuk dalam urusan perkahwinan mereka yang dikatakan bernilai hampir RM5 juta itu.

Malah, melihat kepada deretan majlis yang bakal berlangsung, mereka berdua mengakui ia sebuah majlis yang cukup besar. Hal ini bukan sahaja menjadi persoalan kepada orang ramai, sebaliknya empunya diri juga gusar dan bimbang.

Dan kerana itu, semasa di kursus perkahwinan bakal pengantin baru ini tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan itu kepada ustaz yang bertindak sebagai penceramah di kursus tersebut.

"Saya dan Mawi ragu-ragu juga tentang majlis kami yang terlalu digembar-gemburkan. Bila saya tanya pada ustaz penceramah dia mengatakan majlis perkahwinan kami berbeza dengan orang lain kerana Mawi seorang selebriti, bukannya orang biasa. Kalau buat kecil dan banyak jemputan tak dipanggil, ia bakal mengundang rasa kecil hati dan sebagainya.

MERPATI dua sejoli ini dalam debaran menanti saat untuk disatukan.

"Dan sebab itu dibolehkan. Lagipun dia ramai peminat, kalau buat secara kecil-kecilan takut nanti ada pula yang terasa.

"Selain itu saya juga tanya mengenai persandingan dan ustaz memberitahu ia bukanlah perkara wajib, tetapi zaman sekarang kalau tidak bersanding takut menimbulkan fitnah pula," ujar Ekin tanpa berselindung.

Mawi pula ketika ditemubual menjelaskan majlis perkahwinan besar-besaran yang bakal diadakan bukanlah keinginannya tetapi ia lebih kepada memenuhi permintaan ramai.

"Kalau saya buat secara kecil-kecilan, takut ada yang tertinggal. Biarlah majlis ini dikongsi bukan saja bersama pihak keluarga tetapi semua peminat saya.

"Sekarang ini pun kami masih belum menghantar kad undangan kerana bimbang ada yang tertinggal. Setelah memastikan semuanya lengkap baru kami akan edarkan undangan, mungkin hujung bulan ini," kata Mawi lagi.

Majlis Ekin lebih besar?

Melihat kepada tempat persandingan, nampaknya di sebelah Ekin sambutannya lebih besar apabila diadakan di Stadium Tertutup Johor Bharu, berbanding Mawi yang hanya mengadakan majlis persandingan di Dewan Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Menjawab kepada persoalan itu, Ekin menolak yang dia ingin sebuah majlis lebih besar di pihaknya dan memberitahu stadium tersebut terpaksa dipilih apabila hotel dan lokasi lain yang menjadi pilihannya semuanya telah habis ditempah.

"Mana ada saya nak majlis yang lebih besar daripada Mawi? Saya sebenarnya merancang majlis yang sederhana tetapi meriah. Sekarang ini saya tidak boleh buat apa kerana semua tempat telah penuh, jadi terpaksa buat di stadium.

"Saya harap orang ramai jangan salah sangka pula, nama saja stadium tetapi ia hanya boleh memuatkan seramai 1,200 orang dalam satu-satu masa. Ini semua untuk keselesaan tetamu yang hadir tidak kiralah peminat Mawi, keluarga ataupun rakan-rakan," terang Ekin lagi.

Tambah Ekin, sehingga kini persiapan untuk majlis perkahwinan mereka telah siap sebanyak 70 peratus dan masih ada baki persiapan yang harus dibereskan sebelum tarikh perkahwinan mereka.

MAWI tidak mampu menahan ketawa besar mendengar keletah lucu penceramah.

"Setakat ini seperti pakaian nikah dan sanding yang direka oleh Butik Cosry sudah siap lakaran dan pilihan warnanya, begitu juga dengan pelamin. Tetapi yang sebenarnya masih belum lihat lagi.

"Semakin dekat tarikh, semakin berdebar pula. Kadang-kala saya terlupa, tetapi bila ada orang tanya pasal kahwin, tiba-tiba perasaan berdebar itu datang balik," luahnya.

Perasaan berdebar itu turut dikongsi Ekin, yang mengakui kadang-kala pening kelapa memikirkan persiapan perkahwinan mereka ini.

"Majlis yang bakal berlangsung ini memang besar, saya tidak nafikan, sebab itu debarannya lebih, banyak perkara yang perlu diambil kira kerana mahu semuanya kelihatan sempurna nanti.

"Kalau ada yang terlupa nanti menjadi buah mulut pula sebab itu semuanya harus dirancang dengan teliti. Sekarang ini saya dan keluarga saya sudah tidak kisah apa yang orang mahu cakapkan pasal saya dan Mawi, fokus saya sekarang ini ialah persiapan majlis perkahwinan," jelas Ekin.

Mereka berdua bakal dinikahkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor, kira-kira pada pukul 11.00 pagi, 20 Disember ini.

suber kosmo online
blog comments powered by Disqus