Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Thursday, November 6, 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam


Cicakman 2 — Planet Hitam merupakan sambungan filem Cicak-Man. Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 Disember 2008, di Malaysia oleh KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, filem komedi-aksi ini akan mengembalikan watak terdahulu juga watak baru akan diperkenalkan.


Plot

Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya , seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny's yang buta.[5]


Penggambaran telah dilakukan pada tahun 2007 di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas, dan Kuala Lumpur.[8] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam sekuel ini lebih berkualiti berbanding filem sebelumnya iaitu berharga RM 50 ribu setiap set manakala dalam Cicakman, kostum yang digunakan hanya berharga RM 20 ribu setiap set.[4] Filem ini menjalankan pembikinan 'A Print' di Bangkok, Thailand.[1]

Watak dan Pelakon

Watak Rrama pada awalnya ditawarkan kepada Erra Fazira, bekas isteri pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim. Namun begitu, beliau terpaksa menolak kerana kesibukan. Watak Rrama kemudiannya diberikan kepada pelakon Indonesia, Tamara Bleszynski untuk menarik perhatian penonton dari negara itu.[6]

Watak utama

  • Saiful Apek sebagai Cicak-Man
  • Fasha Sandha sebagai Tania
  • Aznil Nawawi sebagai Profesor Klon
  • Tamara Bleszynski sebagai Rrama

Watak pembantu

  • Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Ghost 1
  • AC Mizal sebagai Ginger Ghost 2
  • Sharifah Amani sebagai Iman
  • Louisa Chong sebagai Miss Chee
  • Linda Onn sebagai Amarr
  • Yusry Abdul Halim sebagai Danny[7]

Undangan

  • Aziz M. Osman
  • Julia Ziegler
  • Edry Abdul Halim
  • Munir (Phyne Ballerz)
  • Ridzuan Hashim
  • Jalaluddin Hassan
  • Azwan Ali
  • Dee
  • Julie Dahlan
  • Fahrin Ahmad
  • Hafidzuddin Fazil
  • Nadia Mustafar
  • Mak Jah
  • Zack Taipan[8]

sumber wikipedia.org
blog comments powered by Disqus