Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, November 9, 2008

Irma Hasmie tolak lamaran Datuk R


Irma Hasmie belum temui calon sesuai.

APABILA terbongkarnya hubungan sulit yang terjalin antara bintang Gerak Khas, Norman Hakim dengan pelakon muda yang diperkenalkan menerusi drama Pasrah, Memey Suhaiza sehingga membawa kepada tangkapan kerana disyaki berkhalwat di premis pejabat Norman pada 30 Oktober lalu, membuktikan gosip dipaparkan media massa mengenai pergolakan rumah tangga artis berkenaan sebelum ini adalah satu kebenaran dan bukan sekadar omong kosong yang sering diperlekehkan beberapa pihak!

Justeru, terma ‘sekadar gosip liar’ dan ‘hanya fitnah semata-mata’ yang sering diguna pakai golongan artis mahupun selebriti apabila berasakan diri mereka dijerat wartawan, nampaknya selepas ini tidak kukuh lagi untuk dijadikan alasan mempertahankan perkara mungkar. Lebih tepat lagi, pihak yang sering memperkotak-katikkan kredibiliti wartawan atau mempertikai etika kewartawanan, cermin dulu muka sebelum menuduh media massa sebagai penyebar fitnah.

Yang benar tetap benar, kerap menipu, lebih banyak kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Baiklah kita tinggalkan seketika ‘drama sedih’ - Abby, Norman dan Memey. Kita tunggu sajalah ‘episod terakhirnya’ sama ada Norman, Abby menemui perceraian mahupun menanti pengumuman Norman yang akan mengambil Memey sebagai isterinya. Sekadar melaporkan saja. Tangan pula menadah mendoakan kebahagiaan semua.

Minggu ini berjaya teropong cinta baru yang ditemui model dan pelakon cantik, Irma Hasmie kononnya baru-baru ini dia sudah pun menerima lamaran seseorang selepas sekian lama hatinya kosong apabila putus cinta dengan aktor kacak, Farid Kamil juga gara-gara orang ketiga.Dengar cerita juga, si dia yang melamar Irma itu bukan sebarangan jejaka, sebalik seorang hartawan yang berstatus VIP bergelar Datuk!

Khabarnya Datuk itu seorang duda dan sedang mencari pengganti selepas bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu. Pun begitu, Zubir dengar cerita, khabarnya VIP yang dikenali dengan gelaran Datuk R ini mempunyai cita rasa tinggi dalam bab memilih pasangan hidup. Datuk R tidak berapa minat dengan gadis kebanyakan, sebaliknya lebih teruja memilih calon isteri di kalangan model, penyanyi, pelakon, penyampai radio mahupun personaliti TV atau lebih tepat lagi golongan selebriti jelita!

Selepas terpandang wajah Irma dalam satu majlis hiburan yang dihadirinya, Datuk R berjaya memperoleh nombor telefon Irma dan sejak itu dia memulakan ‘modus operandi’ yang sering dipraktikkan ke atas selebriti popular sebelum ini. Dia sering menghantar SMS kepada Irma mempelawa makan tengah hari, minum petang atau menikmati makan malam yang romantik.

“Saya akui Datuk berkenaan ada hubungi dan mengirimkan SMS. Tapi, semua pelawaannya saya tolak dengan baik, satu pun undangannya saya tak terima. Nak kata dia masuk melamar tu, melampau... Sekali saya terima pelawaannya, ia akan diikuti pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya terjebak apabila termakan kata-kata manis. Justeru, saya tidak mahu memulakan sebarang pertemuan, cukup sekadar di telefon.

“Orang macam Datuk tu kalau dilayan, memang kita cari nahas. Sekalipun mengakui dia seorang duda, tapi saya tak percaya dengan orang macam tu. Hari ni keluar dengan kita, esok lusa dah pasang orang lain. Sorry la Datuk... Biarlah saya dengan dunia lakonan, insya-Allah suatu hari nanti pasti akan bertemu dengan seseorang yang benar-benar menyayangi diri saya seadanya,” kata Irma yang dihubungi ketika dalam perjalanan ke lokasi drama bersiri Awan Dania di Sepang, Selangor.

Puji tindakan Irma yang tak melayan. Bagi kami, artis wanita yang didatangi Datuk berprofil tinggi seperti Datuk R bolehlah menjadikan pengalaman Irma sebagai sempadan. Tapi, jika ada artis cantik yang rela dilabel ‘steamboat’ yang boleh ‘dicicah’ sesiapa, tepuk dada tanya selera.

blog comments powered by Disqus