Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, November 9, 2008

Anggota Jinbara tak terbabit kes dadah


Anggota kumpulan Jinbara

GARA-GARA kesilapan teknikal daripada satu laporan media mengaitkan nama kumpulan mereka dengan satu tangkapan berkaitan kes penyalahgunaan dadah, kumpulan Jinbara mengakui imej mereka tercalar dan terpaksa menerima hakikat ia bukan disengajakan oleh akhbar terbabit.

Ketua kumpulan itu, Muhammad Jeffry Johari, atau Cepot ketika dihubungi B*Pop berkata, anggota kumpulan itu harus tenang menerima pelbagai pertanyaan dan tidak terkecuali sindiran sinis daripada pelbagai pihak sejak laporan itu terpampang dalam dada akhbar.

“Saya sebenarnya malas hendak panjangkan perkara yang tidak benar dan hakikatnya kes tangkapan itu tidak langsung ada kena mengena dengan anggota kumpulan kami. Soal perlu memberikan penjelasan di sini tidak timbul, untuk apa harus kami tampil dengan penjelasan atas perkara yang tidak kami lakukan. Pihak yang seharusnya tampil dengan penjelasan ialah akhbar yang melaporkan berita berkenaan,” katanya mengakui sudah melihat pembetulan atau ralat yang disiarkan akhbar itu, Rabu lalu.

Kumpulan yang setakat ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi mengakui ia sedikit sebanyak mungkin menjejaskan periuk nasi mereka.

“Saya sedia memaafkan, lagipun kami tidak pernah lupa jasa dan bantuan media selama Jinbara bertapak sebagai kumpulan kampung yang tidak dikenali sehinggalah ia mampu berada di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-22 tahun lalu,” tambah Cepot lagi yang sedia menelan segala kepahitan semata-mata untuk membangunkan seni muzik tanah air.

Sementara itu, Shamsul Bakhtiar Zakaria, (Tia) selaku vokalis mengakui agak kesal dan kecewa dengan kecuaian laporan berkenaan.

“Ia seolah-olah satu tamparan kepada kami kerana jenama Jinbara tidak hanya terhad dalam bidang seni saja, malah ia termasuk termasuk perusahaan chalet, ternakan, pertanian dan juga makanan. Kami terima permohonan maaf akhbar berkenaan kerana tidak mahu panjangkan perkara ini,” katanya yang berharap kesilapan ini tidak berulang dan seluruh rakyat di negara ini jelas dengan imej bersih yang ditampilkan Jinbara, malah berjaya cuba dipertahankan dari dulu hingga kini.

Selain Cepot dan Tia, Jinbara turut dianggotai Abdul Halim Hassan atau Anjang (gitar utama), Mohd Nizam Mohd Nor atau Akin (bass) dan Shahrin Sabudin atau Ah Tan (dram).

blog comments powered by Disqus