Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Saturday, November 8, 2008

Barack Obama minta maaf



OBAMA (kiri) menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar pertamanya selepas memenangi pilihan raya Presiden
Amerika Syarikat (AS) di Chicago kelmarin.


CHICAGO - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menghubungi isteri bekas Presiden Ronald Reagan, Nancy bagi meminta maaf kerana membuat kenyataan yang kurang berhati-hati dalam satu sidang akhbar.

"Presiden yang dipilih iaitu Barack Obama menghubungi Nancy Reagan bagi meminta maaf kerana membuat kenyataan yang tidak berhati-hati dan di luar kawalan dalam satu sidang akhbar," kata jurucakap pasukan peralihan Obama, Stephanie Cutter dalam satu kenyataan.

Obama yang dikenali kerana bakat semula jadi berpidato dilihat menampilkan perwatakan berlainan apabila beliau membuat kesilapan dalam sidang akhbar pertama selepas memenangi pilihan raya Presiden pada Selasa lalu.

Obama akan mengangkat sumpah jawatan Presiden AS bagi menggantikan George W. Bush pada 20 Januari depan.

Dalam sidang akhbar itu Obama berkata: "Berhubung dengan bercakap (mendapatkan nasihat) daripada bekas-bekas Presiden, saya sudah bercakap dengan mereka (bekas Presiden) yang masih hidup.

"Saya tidak mahu mendapatkan Nancy Reagan berhubung perkara, anda mengetahui, melakukan upacara pemujaan roh."

Suami Nancy, Ronald Reagan iaitu Presiden AS ke-40 dan memerintah dari 1981 hingga 1989 meninggal dunia pada 5 Jun 2004 ketika berumur 93 tahun.

Upacara pemujaan roh dipercayai berlaku ketika Abraham Lincoln menjadi Presiden AS ke-16 apabila isterinya, Mary Todd mengadakan perhimpunan pemujaan roh sebagai percubaan untuk berkomunikasi dengan orang yang sudah meninggal dunia termasuk anak Lincoln, Willie.

Sementara itu, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani semalam membidas Obama kerana menyatakan usaha Teheran untuk memperoleh senjata nuklear sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Jika AS mahu mengubah pendiriannya di rantau ini, ia perlu memberikan petunjuk yang baik," kata Ali.

Dalam sidang akhbar yang diadakan kelmarin, Obama berkata: "Kita perlu meningkatkan usaha antarabangsa bagi menghalang itu (menghalang Iran memiliki senjata nuklear) daripada berlaku.

"Saya berpendapat, sokongan Iran terhadap pertubuhan pengganas adalah sesuatu yang perlu dihentikan." - Agensi

blog comments powered by Disqus