Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Tuesday, November 18, 2008

Ashraf ikut isteri menetap di Jakarta




SELEPAS hampir seminggu melayari alam berumah tangga, pasangan pengantin baru - Ashraf Sinclair dan Bunga Cintra Lestari-selamat kembali ke Malaysia pada Rabu lalu menerusi pesawat peribadimilik rakan bapa Bunga yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 5.30 petang.

Biarpun ketibaan mereka lewat beberapa jam, namun Ashraf yang tidak pernah dilihat melepaskan genggaman isterinya sebaik melangkah keluar dari pesawat tidak henti-henti memohon maaf kepada rakan dan pihak media yang terpaksa menunggu.

"Saya pohon maaf atas kelewatan yang tidak disengajakan ini. Entah bagaimana, saya tidak perasan visa saya sudah melepasi tarikh luputnya iaitu 8 November lalu. Apa lagi kelam kabut kami menguruskan segala macam dokumentasi di imigresen dan syukur akhirnya tiba juga kami di sini," jelasnya sambil mengucup manja pipi isterinya.

Mempelai yang selamat diijabkabulkan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta petang Sabtu minggu lalu diterbangkan khas dengan jet peribadi, jenis Legacy 600 diiringi saudara mara terdekat dan rakan karib khusus untuk menghadiri majlis resepsi dan persandingan di sebelah pengantin lelaki yang berlangsung semalam dan kelmarin di The Saujana dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara.

Rezeki pengantin baru agaknya apabila penerbangan dengan jet peribadi Legacy 600 ke Malaysia adalah sebahagian daripada hadiah perkahwinan daripada sahabat baik Bunga Citra Lestari sendiri.

Ditanya mengenai keseronokan mengecapi alam berumah tangga, Ashraf mengakui dia berasa cukup bahagia kerana akhirnya niatnya termakbul untuk memperisterikan wanita yang dicintainya.

"Siapa yang tidak bahagia memperisterikan wanita secantik ini, apapun kami sebenarnya masih terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinan dan resepsi sehingga kadangkala masih tidak percaya bahawa kini kami bersatu untuk selamanya," katanya.

Tampil dengan kemeja T putih ringkas yang tertera perkataan Just Married menampakkan lagi kemanisan hidup yang sedang dikecapi wanita kelahiran Bukit Tinggi, Sumatera ini.

"Syukur demi kebahagiaan kami, Ashraf kini semakin selesa membina kerjaya seni di Jakarta dan semua pun sudah tahu bahawa selepas semua urusan persandingan selesai, kami akan menetap terus di Jakarta," kata Bunga yang terpaksa berdepan pelbagai dugaan sebelum bergelar isteri termasuk dakwaan media Indonesia mengatakan dia sudah bernikah dan hamil.

"Gosip negatif sebegini sering berlaku di kalangan artis popular Indonesia, tapi akhirnya terbukti juga kebenarannya. Saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang, cukup sekadar tidak melatah dan bersabar... ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan seorang selebriti," katanya yang mendapatkan khidmat rekaan busana pengantin moden dari Butik Cosry.

blog comments powered by Disqus