Salam semua. Semalam saya berjalan, maka saya tidak sempat untuk bercerita kisah peribadi. Maka dengan itu, saya terbitkan satu respon dari seorang pemikir jalanan yang dirahsiakan watak dan identiti. Walau bagaimanapun saya bocorkan sedikit identiti, agar hasrat beliau untuk membelasah saya semakin cepat. Cukuplah saya panggil beliau dengan nama miss jebon. Mengapa miss jebon yea? Sebabnya adalah gambar hari raya beliau sangat jebbbon. Miss jebon nie kalau tuan puan nak tahu, mestilah seorang perempuan… dan agak mempunyai masalah mental dalam pencarian jodoh. Beliau seorang yang rebel, bukan sahaja pada untung nasib tubuhnya tetapi juga rebel juga pada nafsunya. Beliau cakap beliau taknak kawin selagi master beliau belom habis, dan cita citanya ke Jepun belum tercapai. Chaiyokkk. Ini yang saya suka, bukan saya jatuh hati pada beliau… Sebab beliau tidak layak untuk mendapat cinta suci dari saya. Cintanya mungkin hanya pada gel gel beracon sahaja yang diuli setiap hari di dalam lab. Saya “suka” sebab beliau tidak mempedulikan kata kata pedas masyarakat hari ini, iaitu belajar tinggi tinggi akan ke ceruk dapur akhirnya, atau belajar tinggi tinggi akan jadi andartu selamanya. Syabas kepada beliau. Jom kita baca cerita beliau yang telah saya overhaul.
orang perempuan hendak mencari suami atau orang orang tua hendak mencari menantu, mereka akan tengok ciri ciri kepada lelaki yang bersifat gagah perkasa. Contohnya pandai panjat pokok kelapa, pandai bersilat, apetah lagi yang pandai ajar mengaji lagi la saham melambung melambung. Kena plak anak tok ketua ke… sah sahla mak bapak tak tunggu lama. Orang datang hantar tepak sirih dan berbagai dulang merisik dan dan tu jugak bakal besan terima. Kalau yang setakat melukah ikan kat sungai pastuh tanah sekangkang kera pon takdak merasa la pinangan ditolak. Orang orang dulu tanak kalau menantu kerja kerajaan neh. Berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Bangsat katanya. Takdak kampong halaman. Datuk nenek takdak tanah berelong elong.
Orang sekarang first skali kalau anak anak dara mula bercerita tentang calon suami mesti tanya kerja apa??? kelulusan apa??? gaji berapa??? muka tu tak penting. Kalau berharta muka cam serbuk pintu pon ok jer… huhu. Cet “jang” cakap lelaki tengok empat perkara dalam memilih calon isteri: muka, dada, pinggang yg ramping dan pinggul. (bodoh nyer jang :p) sedangkan zaman nabi dulu empat kriteria tersebut adalah: rupa, harta, keturunan dan agama. Dan di penghujung hadith tu turut tersebut, pilihlah yg beragama, itulah yg sebaik-baiknya. So secara analisanya, kriteria tersebut berada dalam reverse kronologi. Yg paling penting disebut paling last. Sekali lagi rupa tidak penting… huhu!
Zaman moden ni plak. Women simply look at four criteria oso lah; we called it “4C” car, cash, career and condo!!! dan si jang turut menyumbang lagi satu C dalam dialek kelate beliau tapi cukupla hanya jebon dan jang yg tahuuuu… (tdk seswai utk bacaan umum) huhu. Macam macam kriteria macam macam pilihan. Tepok dada tanya selera. Kena yg napsu jin. Memacam nak mintak last last skali dapat hampeh. Sekian.
Yang pentingnya:
Mencari suami, pilihlah yg beriman, jikalau dia membenci kamu sekalipon tidak sampai dia menganiayai kamu.