Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, May 16, 2010

[berita] Janda kuat seks terdesak cari duit utk bertunang

KUALA LUMPUR: "Saya buat kerja ini (melacur) kerana perlukan duitRM3,000 untuk majlis bertunang. Lepas ini, saya tak akan buat lagi.Masa dah suntuk, saya belum beli apa-apa pun untuk majlis itu."

Inilah pengakuan berani seorang janda muda berusia 25 tahun ketikaditanya alasannya menggadaikan maruah dan harga diri demi mendapatkan wang berkenaan. 
Ketika ditemui kelmarin, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ma, tanpa segan silu, menggunakan taktik duduk semeja dengan lelaki terutama yang duduk bersendirian dan menawarkan khidmat seks, di sebuah restoran di salah satu pusat tumpuan orang ramai di ibu negara.

Janda muda terbabit mengenakan bayaran minimum RM100 bagi setiap perkhidmatan seks, tidak termasuk sewa bilik hotel dengan purata dua hingga lima pelanggan sehari sejak beroperasi April lalu, mendakwa terdesak mendapatkan wang untuk majlis pertunangannya dengan bakalsuami kedua yang dijadualkan pada cuti sekolah, bulan depan. 

Ma memberi alasan tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, tanparasa bersalah, mendakwa sanggup menggadai maruah demi memastikan impian membina rumah tangga dengan lelaki pilihan tercapai. 

Wanita mirip pelakon drama popular 90-an dan berlesung pipit itu dikatakan mencari pelanggan di restoran berkenaan ketika waktu puncak terutama waktu makan tengah hari dan dipercayai menjadikan hotel murah di situ sebagai tempat bertemu pelanggan. 

“Apa lagi kerja saya boleh buat, ini saja cara mudah mengumpul wang, percayalah, saya amat terdesak,” katanya yang berpakaian sopan dan bergerak sendirian tanpa orang tengah. 

Ma juga memberi alasan takut ketika ditanya mengenai keengganannya mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno untuk mencari jalan penyelesaian.

Pengalaman pahit akibat kehancuran rumah tanggakerana berkahwin di usia 19 tahun mengakibatkan Ma mengalami tekanan dan cukup terdesak mendapatkan wang. 

Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Mohd Isa,ketika mengulas tindakan Ma mengakui terkejut dengan pilihan wanita itu yang disifatkan sebagai jalan pintas mendapatkan wang. 

“Dia sepatutnya berusaha mendapatkan wang tetapi bukan dengan cara itu.Kalau tak ada kelayakan akademik, mohon saja kerja sebagai pencuci dengan upah harian, walaupun bayaran rendah tetapi berkat,” katanya.

“Mungkin statusnya sebagai janda membuatkannya berani melacurkan diri kerana jika masih dara, sudah tentu dia bimbang rahsia terbongkar bila berkahwin. Kadang kala kes seperti ini boleh berlaku disebabkan keinginan seks terlalu kuat,” katanya. 

Katanya, perlu ada kajian kenapa wanita itu memilih jalan kotor untuk membina rumah tangga kerana kebiasaannya orang yang terdesak memberi pelbagai alasan untuk mendapatkan sesuatu.
blog comments powered by Disqus