Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Saturday, April 3, 2010

Program Akademi Fantasia Sudah Tidak Relevan?


Bahang kehangatan Akademi Fantasia semakin membara. Sana sini bercerita tentang Akademi Fantasia. Mulanya ramai yang menyatakan program realiti nombor satu ini sudah tidak relevan. Namun jika diukur daripada jumlah penontoh dan rentak undian SMS setakat minggu kedua, ternyata anggapan awal itu silap!

Timur ke Barat, Selatan ke Utara, demam Akademi Fantasia sudah terasa. Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, Trak (lori bergerak) menjelajah seluruh Semenanjung Tanahair. Dari Perlis sampailah ke Johor, Trak ini bergerak mempromosikan rancangan terbaik di Astro Ria (saluran 104) sepanjang rancangan ini bersiaran musim ini

Kaum keluarga dan jiran tetangga pelajar musim ini juga punya lebih sebab untuk mengundi. Buat pertama kalinya juga, dipasangan papan tanda gergasi di kesemua tempat asal pelajar. Pelajar-pelajar ini secara tidak langsung boleh dikatakan Duta Kecil mempromosikan kawasan asal mereka.

Ternyata, Akademi Fantasia masih relevan sebagai rancangan realiti nombor satu di Malaysia malah mempunya misi tersendiri, bukan sekadar hiburan semata-mata

Sementara itu, Konsert Ketiga AF8 akan bersiaran seperti biasa malam ini. Seperti biasa, berikut merupakan perkembangan pelajar-pelajar berdasarkan sesi raptai yang diadakan di Dewan Sri Putra sebentar tadi

ADIRA – Kini (Feminin)
Nampak tidak selesa. Kurang berinteraksi dengan kawan-kawan. Tarian dan nyanyian bersepah
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Seperti ada yang tidak kena di akhir persembahan. Emosi sudah ada tapi perlu kawalan. Agak bermasalah sewaktu nota rendah
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
Persembahan baik, tetapi nafas semput dan nampak kaku. Espresi muka tidak mencukupi Vokal ok dan tepat dan pandai bermain dengan kamera. Perlu nampak lebih gembira
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
Pergerakan masih terlalu lemah cermat..
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
Espresi muka yang baik. Cuma nyanyian ada sumbang sedikit
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

FARINA – Cantik (Nikki)
Permulaan bagus tetapi tidak konsisten dan terlupa lirik. Tarian tidak meyakinkan tetapi sudah banyak peningkatan daripada minggu-minggu terdahulu. Nampak macam masih menyimpan
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
Nyanyian kurang menarik tetapi Iwan kata dia mahu menjaga suara. Mata tak bermain dengan kamera
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
Tempo lagu kena perlu sentiasa ada dalam diri dan perlu lebih menjiwai
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

NAD – Bulan Cinta (Eva)
Tidak cukup seksi!
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
Penghayatan hanya wujud di saat akhir. Sepanjang persembahan mata tak digunakan sepenuhnya. Suara OK, cuma…
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA



p/s konsert dah start td...apa pendapat korang?
blog comments powered by Disqus