Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Sunday, March 15, 2009

Chong Wei layak ke separuh akhir

Atasi Taufik saingan tiga set di suku akhir

KECEWA tumpas pada aksi kemuncak Seluruh England kepada Lin Dan, minggu lalu, nyata masih berbekas dalam sanubari Lee Chong Wei. Tetapi peluang mengubatinya, kini makin hampir terjelma di depan mata.

Ianya menerusi kejayaan Chong Wei terus mengatur langkah pada kejohanan Terbuka Switzerland, apabila pentas separuh akhir dijengahnya, awal pagi tadi.


Kemaraan itu terhasil selepas dia melepasi ujian getir dijelmakan jaguh veteran Indonesia, Taufik Hidayat dengan kemenangan 21-23, 21-12, 21-19 pada pertentangan suku akhir, kelmarin, untuk bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen di separuh akhir.

Lin Dan pula mara ke separuh akhir selepas menang ke atas pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsin 21-16, 21-14 dan bertemu rakan senegara, Chen Jin pada separuh akhir.

Satu lagi harapan negara meraih gelaran pada edisi kali ini berpaut kepada beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menentang lawan dari China, Cai Yun-Fu Haifeng dalam kelompok empat terakhir untuk memburu tiket ke final, awal pagi tadi.

blog comments powered by Disqus