Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Friday, December 19, 2008

Insiden Bush Dilempar Kasut

BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen di Iraq, Muntadar al-Zeidi ditahan selepas dia melemparkan dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dalam satu sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

“Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing,” jerit wartawan itu ketika dia melemparkan salah satu kasut ke arah Bush.

Bush yang sedang mendengar jeritan itu mengelak dan tunduk di podium menyebabkan kasut tersebut terkena dinding di belakangnya.

Ketika Bush yang terkejut dengan insiden tersebut mula kembali tenang, wartawan itu melemparkan satu lagi kasut bersaiz 10 dan menjerit: “Ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.”

BUSH mula sedia untuk tunduk ketika kasut dilemparkan ke arahnya.

Bush sekali lagi mengelak menyebabkan kasut itu hampir mengenai bahagian kanan kepalanya ketika Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki cuba melindungi Presiden AS dengan tangan kanannya.

Kasut itu turut mengenai dinding di belakang kedua-dua pemimpin.

Anggota-anggota perkhidmatan rahsia dan ejen keselamatan Iraq mengerumuni wartawan itu yang bertugas untuk stesen televisyen Al-Baghdadia beribu pejabat di Kaherah, Mesir.

Mereka bergelut dengan wartawan itu dan mengheretnya keluar dari bilik sidang akhbar ketika dia mengerang serta menjerit.

Melemparkan kasut ke arah seseorang merupakan satu budaya Arab bagi menunjukkan penghinaan.

Tindakan wartawan itu mendapat pujian daripada sebuah akhbar di Timur Tengah manakala ribuan penduduk Iraq berhimpun di jalan raya menuntut pembebasannya.

“Melempar kasut ke arah Bush merupakan ciuman perpisahan terbaik. Ia menyuarakan bagaimana penduduk Arab membenci Bush,” kata editor akhbar Al-Gahd Arabic di Jordan, Musa Barhoumeh.

Tindakan wartawan itu juga dianggap sebagai hero oleh akhbar-akhbar Arab.

blog comments powered by Disqus