Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Saturday, November 8, 2008

Serba tak jadi [Man U vs Arsenal]






LONDON – Serba tidak menjadi dan akibatnya Manchester United terpaksa pulang tanpa memperoleh sebarang mata.

Stadium Emirates menjadi saksi kekalahan United apabila tewas 1-2 kepada musuh tradisinya, Arsenal.

Dengan kemenangan itu, Arsenal kini kembali dalam perebutan memburu gelaran juara Liga Perdana England.

Ia dihadiahkan oleh Samir Nasri yang menjaringkan dua gol buat Arsenal pada perlawanan yang penuh dengan aksi mendebarkan itu.

Arsenal kini menghuni tangga ketiga liga, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Chelsea yang akan menentang Blackburn hari ini.

Pemain muda Brazil, Rafael Da Silva menjaringkan gol saguhati United pada minit terakhir perlawanan namun ia sudah terlambat untuk menghampakan skuad bimbingan Arsene Wenger itu.

Ini merupakan kekalahan pertama United dalam empat pertemuan mereka sebelum ini.

Pada perlawanan semalam, Nasri membuka jaringan pada minit ke-22 apabila rembatannya dari luar petak penalti terkena pertahanan United, Gary Neville dan melepasi jangkauan penjaga gol, Edwin van der Sar.

Walaupun Arsenal beraksi tanpa Emmanuel Adebayor dan Robin van Persie, namun mereka tetap tampil dengan aksi bertenaga tanpa memberi ruang kepada lawan mereka untuk mengatur gerak.

Begitupun, United yang bagaikan hilang rentak di awal permainan tetap mampu melancarkan gerak tetapi pertahanan lawan nampak kental untuk menggagalkan percubaan mereka.

Menyedari kelemahan itu, pengurus United, Alex Ferguson membawa masuk Carlos Tevez untuk menggantikan Wayne Rooney tetapi tetap gagal membawa perubahan.

Impian United terus musnah pada minit ke-46 apabila Arsenal memperoleh gol kedua, sekali lagi menerusi Nasri yang mudah menyempurnakan hantaran Cesc Fabregas.

Namun, kelekaan mereka pada minit-minit terakhir perlawanan membawa padah apabila Da Silva berjaya meloloskan diri untuk gol pembukaan United bagi menjadikan kedudukan berkesudahan 2-1.

“Hari ini kami beraksi pada tahap sebenar. Pemain telah melakukan yang terbaik dan semangat yang mereka pamerkan pada perlawanan ini memang menakjubkan.

“Kami berhak menang walaupun pada satu ketika ia agak mencemaskan saya.

“Kemenangan ini akan terus meletakkan Arsenal antara pencabar utama memburu gelaran. Kami akan buktikan,” kata Wenger. – AFP

blog comments powered by Disqus