Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Thursday, November 6, 2008

Man. United seri di Gelanggang Celtic


GIGGS (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan, Michael Carrick (kiri) dan Wayne Rooney ketika United seri 1-1 dengan Celtic di Glasgow kelmarin.


GLASGOW - Bintang tengah Manchester United, Ryan Giggs menjelaskan bahawa pasukannya berhak untuk meraih satu mata pada aksi Liga Juara-Juara di gelanggang lawan kelmarin.

Pada perlawanan di Glasgow itu, Giggs menyelamatkan maruah United apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84 ketika pasukannya seri 1-1 dengan Celtic.

Keputusan seri itu juga sudah cukup untuk mencerahkan peluang United mara ke pusingan kalah mati.

United terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-84 untuk memadamkan gol pembukaan Scott McDonald pada minit ke-13.

"Ketika permainan cuma berbaki beberapa minit, saya perlu menamatkan perlawanan itu dengan keputusan seri tetapi dengan cara kami bermain dan rentak pada separuh masa kedua, kami memang berhak untuk menang," kata Giggs yang berjaya memadamkan gol pembukaan tuan rumah menerusi Scott McDonald pada minit ke-13.

"Ia adalah sesuatu yang mengecewakan untuk kami pada babak pertama tetapi persembahan pada separuh masa kedua lebih baik dan bekerja keras serta memberi tekanan kepada mereka.

"Kami tahu peluang akan datang. Kami tahu bahawa kami cuma perlu terus membuat hantaran lintang dan meningkatkan tempo untuk mendapatkan gol."

Giggs, 34, menanduk masuk gol penyamaan pasukan pelawat selepas sepakan Cristiano Ronaldo dari jarak jauh gagal ditampan kemas penjaga gol Celtic, Artur Boruc.

"Saya cuma mencuba dan ia tepat ke arah kepala saya," kata Giggs.

Dengan keputusan itu, United kini memimpin kedudukan teratas kumpulan dan berkongsi lapan mata dengan pasukan tangga kedua, Villarreal.

Celtic pula berada di tangga ketiga dengan dua mata, iaitu kedudukan yang melayakkan mereka untuk bersaing di pentas Piala UEFA. - AP

blog comments powered by Disqus