Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Monday, November 3, 2008

Jadi Fara Sameon



FARA bersama Pushpa ketika penggambaran Fara 3 ditemani anak Aziz M. Osman, Iman.


FARA SAMEON in the house! Hahahah....Nama yang mungkin tidak dapat Fara lupakan. Mana tidaknya, gara-gara Jumaat lepas ketika Hot FM Am Krew mengadakan segmen untuk mengimbas kembali zaman 80-an, kini Fara dikenali dengan panggilan itu.

Warga Hot FM yang lain, Faizal misalnya melekat dengan jolokan Faizal Abdillah dan Suraya atau nama manjanya, Susu pula dengan panggilan Suraya Ram.

Apapun, Fara bagi pihak Hot FM Am Krew ingin memohon maaf andai keluarga dan empunya diri yang bernama Zaiton Sameon, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram terasa hati dengan penggunaan nama keluarga mereka tanpa sebarang bayaran royalti.

Malah, tidak keterlaluan jika Fara katakan kepada anda yang mana Fara tergelak besar sewaktu berada di KLIA ketika ingin berangkat ke Miri bagi menjayakan rancangan Melodi di Jom Heboh Sarawak.

Cuba anda bayangkan dalam kekalutan Fara mahu masuk ke balai berlepas, terdengar jeritan daripada kawan-kawan anda dari jauh, "Sameon!, Sameon!"... Haruslah Fara tidak hiraukan jeritan itu sebab ia bukan nama Fara tapi dengan tiba-tiba daripada jeritan yang sama, Fara terdengar mereka menjerit, "Blah la... Sombong la Fara Sameon ni!"

Huh? Mereka maksudkan Fara rupanya? Hahahha. Cayolah cakap den. Itu yang berlaku dan Fara terus pusing dan buat isyarat LAYANNN. Yang penting, Fara tergelak besar sambil berjalan seorang diri ke pintu masuk pesawat.

Itu la dia, kenangan ketika mengendalikan segmen yang memang dinantikan oleh semua orang. Yang pastinya, ia juga dinantikan oleh kami di Hot FM kerana sejujurnya Fara boleh hidup dengan lagu-lagu di zaman ini.

Ucapan terima kasih perlu Fara berikan kepada saudara Fara yang bernama Baharuddin Baba kerana ketika saudara Fara ini berusia awal 20-an dialah yang sibuk memasangkan lagu-lagu 80-an juga mengajar Fara mengenali penyanyi seperti Ramlah Ram, Dayangku Intan, Norshila Amin, Wings, Suliza Salam, kumpulan Bumiputera Rockers dan ramai lagi la.

Malah, gara-gara penyanyi popular ini juga sewaktu kecil dulu pernah Fara bergaduh dengan ahli keluarga gara-gara mereka tidak mahu memanggil nama yang Fara inginkan.

Ingat lagi sewaktu Ramlah Ram menang pada Anugerah Juara Lagu, Fara mahukan semua orang memanggil Fara dengan gelaran Fara Ram.

Sebelum tu Fara dikenali dengan Faraku Intan! Hahah... Itu tidak kira lagi sewaktu nama Fara bertukar menjadi Fara Salam gara-gara ada orang mengatakan mata Fara macam Datin Suliza Salam.

Malah, lebih meriah lagi kalau Fara berkongsi dengan anda yang mana Fara pernah membuat persembahan di pentas yang sama bersama penghibur nombor satu Asia, allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Bila? Di mana? Pada tahun 1988 dan sewaktu perasmian dan pembukaan Panggung Terbuka Angkasapuri yang dijayakan oleh Sudir.

Masa tu Fara bersama abang Fara berpeluang untuk menari bersama dan lebih meriah lagi diberi Sudir peluang.

Malah, anda pasti ingat lagi kalau Fara sebutkan nama penyanyi cilik yang popular pada ketika itu, Andrian. Yaaa... Mesti anda ingat lagu popularnya yang berjudul, Ayah dan Ibu.

Imej Andrian masa itu memang tidak ada siapa pun yang dapat lawan. Gel rambut tak payah cerita. Fesyennya yang memang lain daripada yang lain dan lebih meriah lagi apabila kadang-kadang persembahannya diiringi oleh adik bongsunya, Fifi. Mmm... Penat rasanya berborak dengan anda. Anda ingat tak mereka semua ni?

Tak apalah, mungkin ada yang anda ingat dan ada juga yang tidak. Its ok, maybe next time. Kalau diberi peluang untuk bersama dengan kami lagi pastinya akan kami berikan kepada ada kenangan yang anda sendiri tidak dapat lupakan.

Namun satu yang pasti adalah jasa anda yang sentiasa menyokong Hot FM terutamanya Am Krew di waktu pagi.

Mana mungkin Fara dan Faizal lupakan anda yang banyak membantu tidak kira dari segi memberi komen positif mahupun negatif.

Yang penting pada kami bukanlah nombor satu yang kami cari tapi kepuasan anda yang kami pentingkan.

Maka dengan itu, tidak keterlaluan andai Fara katakan di sini andalah sebenarnya perlu diberikan ucapan tahniah kerana menjadi pendengar nombor satu 1 di Malaysia!

Walaupun dah terlambat, Fara juga tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada Pushpa Narayanan yang pertama kali menyambut Hari Diwali bersama suami tercinta. Tak lupa juga kepada Kenchana Dewi.

Anda yang mungkin turut mempunyai saudara mara yang menyambut perayaan Diwali kali ini juga Fara tujukan ucapan itu kepada anda.

Fara juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Jadi kepada bos kecilku yang bernama Nik Azura atau kini dikenali sebagai Mrs. Shafiq.

Tak lupa juga kepada adikku yang sentiasa rajin memberikan berita hangat, juga laporan jalan raya, Syed Faizal.

Happy Birthday ya. Huh? Birthday anda juga? Semalam? Esok? Selamat Hari Jadi, semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Namun, dalam kemeriahan kita menyambut sambutan hari jadi rakan-rakan, ada juga di antara mereka yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga yang tercinta.

Fara dan adik-adik di Hot FM ingin megambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham Samad pemain gitar kumpulan Lefthanded. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

LAYANNNN…

@ipin02Kosmo Online
blog comments powered by Disqus