Welcome to cacamerbahentamsaja™...ada apa-apa request post je kat chatbox aku..kalo leh saya tunaikan.heee...harap kamu enjoy dalam blog yang tak seberapa nie....hee..tima kasih pada 5zal dan Dj Farrel yg memberi ispirasi kepada saya untuk membuat blog nie...any problem contact me at atokkwhutt@yahoo.com assalamualaikum
Welcome to cacamerbahentamsaja™,jom sembang disini,sila jaga tutur kata anda,enjoy...assalamualaikum

Pengikut CMHS

Monday, November 3, 2008

Bantulah Adik Khadizah…

disamping kita bergembira ada org yang sedang menderita...berita nie aku dpt kat Tawau Blogger...

Nafasnya masih panjang, semangatnya begitu kuat dan ketika melihat raut wajahnya, adik Khadizah Binti Tinie, 9 tahun, begitu berharap agar dia masih boleh kembali riang sama seperti rakan-rakannya lain. Siapa menyangka, kejadian ngeri pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Skim Cocos, Kunak ini dilanggar lori Isnin lalu membuatnya terpaksa berjuang dengan tabah dan cekal.

Ketika menemui adik ini yang terlantar lemah begitu tersentuh apabila melihatnya seakan mahu berbicara dengan keluarganya, namun anak matanya sahaja yang menafsirkannya. Tawau Bloggers Unity (TBU) yang mengetahui kemalangan ini lewat daripada ahli TBU, Ezza, yang juga guru kepada adik ini agak tersentuh melihat penderitaannya dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati kami.

Menurut cerita ahli keluarganya, Khadizah, seperti hari-hari biasa akan berkayuh basikal untuk pulang dari sekolah dengan rakan-rakannya. Dengan tanpa diduga, tayar basikal rakannya terlanggar tayarnya yang mengakibatkan dia hilang kawalan. Tiba-tiba sebuah lori 10 tan yang memuatkan kelapa sawit melanggarnya dan mengakibatkan kulit kepala Khatijah terkoyak, tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas.

Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. TBU dengan persetujuan ahli keluarga adik ini sepakat untuk membenarkan TBU menyiarkan kisah adik ini dengan harapan ada insan yang mahu menghulurkan bantuan derma bagi meringankan beban keluarga ini.

Dijangka adik ini akan menjalani pembedahan pada tulang rahang dan tulang pipinya yang patah, pembedahan menggantikan tulang lengannya kepada besi serta pembedahan menampal lutut kirinya yang berlubang menggunakan isi paha kanan.

Anda boleh menyalurkannya bantuan ikhlas kepada Bendahari TBU:

Akaun Maybank : 160036869787
Nama: NUR ANGRIANI BINTI NURJA

Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi yang discreenshoot atau discan ke email: tawaubloggers@yahoo.com.


post adapt from Tawau Blogger

blog comments powered by Disqus